MENU

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut turut dikeluarkan untuk tempoh yang sama.

"Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Condore, tengah Reef North, Layang-Layang, tengah Palawan, Tioman dan barat laut Bunguran," kata jabatan itu dalam kenyataan awal pagi ini.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur bermula Sabtu hingga Rabu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula dalam tempoh yang sama.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/368093/amaran-angin-kencang-sabtu-hingga-rabu

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 November 2024 - 12:48pm